Monday, December 31, 2007

Selamat datang 2008!!

Assalamualaikum...

Di saat-saat ini kita sedang menantikan detik 12.00 tgh mlm kerana di waktu itulah kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2007 dan segala kenangan2 baik yg manis atau pun pahit.

Tahun 2008 kini bakal menjelma. Apakah azam kita pada tahun 2007 ini sudah tercapai matlamatnya? Atau hanya sekadar hangat membara di ambang AWAL tahun sahaja di saat semuanya sedang ghairah dgn ketibaan tahun baru? Terpulang pada semua individu kerana segala jawapan terletak pada diri kita sendiri. Tidak salah punyai resolusi tahun baru sebagai pembakar semangat demi mencapai sesuatu yg dpt kita banggakan.

Tahun 2007 KINI bakal melabuhkan tirainya dan skrg kita ucapkan selamat datang pula 2008. Semoga kedatangan tahun baru ini kita semua di berkati, di beri rezeki yang melimpah ruah, kesihatan tubuh badan dari Yang Maha Esa. Bersyukur atas segala rahmatNYA kerana kita masih bernafas dan berpeluang sekali lagi untuk melayari tabir tahun baru 2008.

Selamat Tahun Baru 2008 buat semuanya!!!!!

Salam ceria
LADY^DI

Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum,

Di atas kesempatan ini buat keluarga tersayang, kawan-kawan serta sahabat handai di mana jua berada dan seluruh muslimin dan muslimat. D bersama seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, semoga ibadat qurban kita di terima oleh ALLAH S.W.T.

Salam sayang selalu
LADY^DI

Thursday, December 13, 2007

Bersua kembali

Assalamualaikum semuanya,

Wah..dah lama rasanya D tak menulis dlm blog nie. Bukan apa lantaran tugas yg teramat banyak. Kekadang tu bila dah terasa sgt bebanan kerja, D buka dan baca je blog kwn2. Sekadar rehatkan minda sambil2 ingin tahu cerita kwn2 yg terkini.

Dari lepas Raya sampai ke hari nie, ramai yg ingin merancang percutian mereka. Yang dah rancang awal2, D hanya perlu mengingatkan mereka untuk mengambil tiket penerbangan masing2. Maklumlah hampir semua penerbangan dari Brunei ini dah penuh dan ramai jugak yg dalam waitinglist. Ada jugak penerbangan yg dah tutup penempahan. Dari udara, ada jugak yg nak bercuti ke Pulau Labuan dan Sabah melalui laut. Kebanyakkan feri2 yg beroperasi masih menerima tempahan. Bagi yg ingin menikmati perjalanan darat pula, hanya cuti bulan Disember ini saja di kedua sempadan boleh di lihat panjangnya kenderaan beratur sama ada untuk perjalanan ke Sarawak atau ke Sabah. Inilah indahnya Brunei Darussalam, kedudukan strategik, berada di tengah Pulau Borneo.

Namun percutian domestik dlm negeri juga tidak kurang hebatnya. Tambahan lagi perancangan negara yg hendak menjadikan tahun 2009 sebagai Tahun Melawat Brunei. Sudah banyak rancangan yg di atur. Pelancongan masih di anggap sebagai sektor baru di negara ini. Keinginan negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sumber negara selain Minyak dan gas perlu dilihat sebagai alternatif yg tidak kurang hebatnya. Walaupun pelancongan negara ini belum setanding dgn negara-negara jiran namun usaha negara tidak patut diperlekehkan. Tiap negara punyai keunikan dan keindahan masing2.

Sekian dulu buat kali ini kerana masih ada baki2 tugas yg perlu D selesaikan. Bagi yg hendak bercuti, berhati-hati walau berada di mana jua dan yang penting pastikan semua dokumen2 perjalanan masih sah laku dan menyimpannya di tempat yg selamat. Jaga diri, hiasi peribadi.

Adiosssss.

Walking away
Lady^Di


Wednesday, October 24, 2007

Musim Hujan

Dari ptg kelmarin sampailah pagi ini, hujan turun dgn ritma yg sekejap lebat kemudian hanya rintik-rintik. Mana-mana kawasan yg agak rendah sikit dah kena banjir pun. Apalagi kat kawasan tapak2 perumahan yang baru dan masih dlm proses pembinaan. Habis berlumpur semuanya. Masaalahnya longkang2 dan parit2 berdekatan tidak di bersihkan maka tumbuh rimbun le tumbuh-tumbuhan yg meliar tu. Mana lagi dgn pasir dan tanah yg termasuk ke dalamnya. Membuatkan air tersumbat dan tidak dpt mengalir. Kontraktor2 hanya memikirkan JANJI SIAP je projek mereka tanpa hirau akan parahnya alam sekeliling. Membiaklah dan bersuka rialah sang nyamuk.

Dimana kefahaman sivik kita?? Benda ini bukanlah perkara baru. Dah berada di depan mata kita untuk kesekelian kalinya. Bahkan kita seakan TERLUPA mengenainya. Bila hujan membasahi bumi, bila banjir berlaku, bila longkang dan parit tersumbat hahhhhhhhh cuma ketika inilah saja baru kite TERINGAT dan tercari-cari mana silapnya. Malah saling menuding jari ke pihak2 tertentu. Memadaikah dgn kempen semata-mata? Yang mungkin hanya setahun sekali sahaja? Tepuk dada tanya selera.

Cheers!!
LADY^DI
Brunei Darussalam

Monday, October 22, 2007

Menziarahi Kawan-kawan

Dah beberapa hari tak menulis dlm blog nie. Dekat-dekat hujung minggu cuma satu je tumpuan D. Nak segera balik ke rumah tuk bersama-sama anak D. Hanya kelmarin D ada kesempatan masa gie bertandang ke rumah kawan-kawan. Seawal jam 5.30 pagi, D dah sediakan sarapan tuk suami dan ahli keluarga yang lain. Kemudian D gie kutip pakaian tuk di basuh. Sekejap-sekejap D gie jenguk baby. Rupanya si kecil dah bangun ngah leka main dgn tuala kecil dia. Bila dia nampak D..wahh senyum lebar sampai ke telinga. Baby D memang suka senyum. Baby D mcm D gak EARLY RISER hehehe org dok lena di ulit mimpi, kami dah bangun dan main-main berdua.

Tepat je pukul 7 pagi, D gie sediakan tempat mandi baby. Baby D suka main air tapi kebiasaannya waktu pagi D tak biar dia berendam lama cuma ketika mandi petang je baru lama sikit. Pagi tu D nak bawa baby D gie beraya rumah kawan-kawan. Yelah..bila lagi D nak peraga baby D tu hehehe.

Rumah pertama yg D gie rumah Sarinah. Beberapa kali kami terover simpang gie rumah dia. Alahai memang we all tak reti mcm mana sistem no kat kawasan perumahan tu. Akhirnya jumpa jugak rumah dia. Kemudian gie rumah Aisyah plak. Rumah Aisyah nie agak unik sedikit sebab separuh daratan dan selebihnya kat laut. Dua scenerio yg berbeza tapi mendamaikan. Kebanyakan org Brunei lepas je balik kerja kemudian bila ada masa terluang sure gie ke laut. Aisyah said now musim udang sbb tu suami dia gie ke laut...JGN LUPA me Aisyah..kasi-kasi lah banyak setakat 4 ke 8 kilo ke udang tu kalau hasil lumayan hahahaha. U tau kan my HP no. D sure zoommmm 2 ur hse.

Then gie umah Liza plak. Sunyi je rumah dia sekarang nie. Maklumlah abang dan keluarganya dah berhijrah dan menetap kat L.A sekarang nie. Tinggallah Liza dengan mummy dia je. Sempat gak D belek-belek album gambar Liza waktu dia gie Los Angeles last july. Liza show me jugak gambar abang dia sekeluarga waktu dorang gie LAS VEGAS 1st day raya hari tu. Yelah dok kat Amerika...mana ada tmpt nak spend raya.

Lepas tu we all gie rumah Fauziah. Hah nak gie rumah Zee nie agak mencabar gak. Kena ada skill tuh redah naik rumah dia. Wahai Zee..apasal le ur parents dok bina rumah atas bukit. Tinggi bebenor dua kali pusing bukit. Phew berpeluh D...gayat bila dok dlm kereta. Bila dah selamat sampai on top then ur mom said u keluar plak dah. Bertuah punya kawan. Dia lupa apa D nak gie rumah dia. Nasib baik D dah mesra-mesra alam dgn ur family Zee..kalau tak iskkk segan i ahaksss.

Baby D nampak penat je sampai terlena dlm dakapan D. Kesian D tengok wajah si kecil. Nampak gaya D tak boleh nak gie rumah kwn2 yg lain. D balik rumah lepas tu kebetulan gak D baru terima SMS dari my EX Classmate..Ai Leng..she said nak dtg umah D ptg tu. Rupanya bkn senang nak bawa budak kecik gie keluar. Bila mereka tak selesa makin banyak lah ragam. D baru ada anak seorang, D tak dapat gambarkan mereka yg punya ramai anak. Phewwwww D tabibbb dorang. D awal2 dah angkat bendera putih.

Wassalam

LADY^DI
Brunei Darussalam



Thursday, October 18, 2007

Nukilan rasa

Hari ini 18hb Oktober 2007. Masuk ke pejabat, D terus dail no tepon pejabat utama. Bkn apa kalau D tak di tukar ke pejabat cawangan nie memang D dah intai-intai rakan kerja yg D panggil as MUMMY nie. Mmg konpom D akan ask her for treat hehehehe.

Kebetulan waktu D tepon dia pula yg angkat. Apalagi....

"Hello good morning" mummy
"Helloooooooooo morning N happy birthday mummy" D
"Wahhhhh how come u still remember my birthdate" mummy
"Of course i remember my mummy birthday "D giggled
"Thank you..thankk you my anak hehehehe...how's my cucu?" Mummy
"Welcome...owhh ur cucu doin juz fine N getting naughtier" D
"Good..goodd..oh ya by the way Selamat Hari Raya..i almost forgot to wish" Mummy
"Yeap..thanks, ok mummy talk with you other time," D
"Sure..byeee" Mummy.

D dgn mummy mcm tu lah. Sbb apa D panggil dia mummy. Semua nie berpunca semasa D mula2 bertugas dgn company nie. Waktu tu hanya D ajelah pekerja yg masih muda. Awal 20'an gitu sedangkan yg lain2 dah 30++ dan 40++. Kebetulan mummy cuma ada seorang anak lelaki. Dlm waktu dia cerita tu dgn selamba dia kata, "Hahhh u boleh jadi my daughter coz my boy almost the same age as u". Sejak dari hari tu, D pun panggil dia mummy. Lama-kelamaan even depan org lain pon D dah terbiasa panggil dia mcm tu.

Pagi tadi cuaca agak panas juga tapi menjelang je tengahari sampai skrg nie hujan plak. Sejak akhir-akhir nie memang sukar nak jangka cuaca. Sekejap panas dan tiba-tiba hujan lebat. Mcm kehidupan kita ini jugak. Saban tahun usia semakin meningkat, bertambah matang dlm menangani apa pun situasi dan yg penting kita jgn berhenti dari menimba ilmu. Tak kiralah dari mana kita perolehi sumber ilmu itu asalkan ianya membawa kebaikan dan manfaat.

Sekian saja buat kali ini.

Wassalam

LADY^DI
Brunei Darussalam

Tuesday, October 16, 2007

Selamat Hari Raya
Hari suci mulia
Kepada muslimin muslimat
Semoga bahagia

Maaf lahir dan batin
Halal makan dan minum
Kepada teman dan saudara
Semoga panjang umur

Selamat berhari raya
Selamat berhari raya
Hari suci mulia
Hari suci mulia

Saling kunjung-mengunjung
Kepada semua umat
Semoga diberkati
Selamat Hari Raya


Lirik lagu d atas dendangan arwah Sudirman Hj Arshad adalah salah satu lagu raya yg D suka dengar. Entahlah dgn susunan lagu, liriknya dan cara arwah menyampaikan lagu ini begitu "KENA" sekali. He blend it well.

Hari ini dah masuk raya ke 4. Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar dah 4 hari kita berada d bln Syawal. Selalunya D cepat bimbang. Mana taknya nak kontrol selera mkn tu yg susah bebenor. Azam nak kurangkan scale dah nampak terbabas dari yg sepatutnya hehehe. Walaupun D tak makan "red meat" tapi dgn nasi yg beraneka jenis, ayam yg dlm pelbagai masakan, kek2 yg menarik dan segala masakan yg bersantan..phewwwww leh berpeluh kite di buatnya.Lepas raya nie surelah baru kelam-kabut nak turunkan berat yg bertambah.

Tahun nie pertama kali D menyambut raya bersama suami dan anak. Kenangan terindah dlm hidup D. Walaupun ada sekelumit perasaan pelik sedikit sbb sepanjang hidup ini D hanya meraikan dgn keluarga tersayang. Zaman berada d bawah ketiak ibubapa D dah berlalu. Skrg D dah punya tanggungjwb terhadap suami dan anak. Sepanjang cuti awam raya, D habiskan masa melayan keletah si kecil dan menjaga mkn minum suami. Walau penat tapi D sikit pun tak amik pusing. Asalkan D bersama mereka.

Walau apa pun D ucapkan selamat hari raya aidilfitri sekali lagi. Sampai bersua kembali.

Adiossss. aSSalamualaikum

Dariku,
LADY^DI
Brunei Darussalam

Friday, October 12, 2007

Menjelang Syawal

Assalamualaikum...

Seperti yg sudah di ketahui umum, seluruh umat islam d Brunei. Malaysia dan Singapura akan mula menyambut Hari Raya pada esok hari (Sabtu, 13hb Oktober 2007). Indonesia menyambutnya hari ini Jumaat 12hb Oktober 2007 (Thks to adik angkat D di Pulau Madura, Indonesia yg telah menghantar pesanan ringkas (SMS) pagi tadi)

Mlm raya ini pasti akan bersahut-sahutan dentuman mercun dan juga nyalaan bunga api di sana dan sini. D harap janganlah sampai menganggu ketenteraman awam pulak ya. Moga kesyahduan takbir dan tahmid menyeliputi malam2 dan hari2 kita sempena kedatangan Syawal ini.

Buat kawan2 yang mengambil cuti EXTRA sempena raya ini di harap BERHATI-HATI ketika di dalam perjalanan dan moga selamat sampai ke destinasi. Amin! Amin! Amin!

Dari LADY^DI sekeluarga, di kesempatan ini jugak ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tangan di hulur, bermaaf-maafanlah sesama kita di harap kita bersama-sama bergembira di bulan kemenangan ini.

Tulus Ikhlas dariku
LADY^DI
Brunei Darussalam

Thursday, October 11, 2007

Pengumuman ESOK raya atau TIDAK!

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Bln penuh rahmat ini datang dan pergi meninggalkan kesan yg amat dalam di sudut nurani kita. Belum tentu kita akan menemui ramadhan yg akan dtg. Moga ALLAH memberi kita kesempatan menemui ramadhan sekali lagi. AMIN! AMIN! AMIN!

Petang ini ahli jemaah masjid2, pegawai dari jabatan agama/mufti dan pegawai2 dari jabatan ukur akan pergi ke lokasi2 tempat melihat anak bulan Syawal. Selepas maghrib nanti, insyaAllah saban tahun pengumuman keputusan melihat anak bulan pasti di tunggu2 seisi keluarga. Tak kiralah pangkat umur. Inilah detiknya. Setelah berpuasa menahan lapar dan dahaga serta segalanya, kita akan meraikan kemenangan ini bersama. Seluruh umat islam di dunia ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan memanjatkan syukur kehadrat Illahi sempena kedatangan Syawal. Tanpa ada sempadan kaya atau miskin pasti kegembiraan ini kita kongsi bersama.

Sejurus pengumuman di buat jika Hari Raya jatuh pada esok hari maka berganda lagilah keriangan kita kerana jatuh pada hari Jumaat, hari kemenangan buat kita umat islam. Akan terdengar lah keindahan takbir raya mengiringi kedatangan Syawal. Namun jika sebaliknya, maka janganlah kita sedih atau marah kerana bila Ramadhan melabuh layarnya, pastinya kita akan merinduinya. Gunakanlah hari terakhir Ramadhan untuk merebut seribu keberkatan dan fadhilatnya.

Sebagaimana , daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Moga segala amal ibadah kita, keikhlasan kita dalam mengerjakan puasa diterima olehNYA. Di kesempatan ini juga D ingin memohon ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa dlm sedar atau tanpa di sedari dan halalkan segala yg termakan dan terminum. Buat teman2 di mana saja berada, semoga hidup kita lebih bermakna dan Salam Aidilfitri, HAPPY EID MUBARAK maaf zahir dan batin.

Till then adiosssss aSSalamualaikum

Ikhlas dariku
LADY^DI
Brunei Darussalam

Wednesday, October 10, 2007

Coretanku

Semlm lepas je habis waktu pejabat, D pegi pasaraya dgn kakak. Bkn nak shopping sakan cuma sekadar nak beli brg2 keperluan tuk Aidilfitri yg bakal menjelang. Keadaan pasaraya masa tu mmg ramai pengunjung. Bila D gie tempat letak simpan TROLLEY hmm kosong. Bkn nasib D agaknya. Hendak tak hendak D gie amik bakul plak.

Agak susah nak bergerak dari satu arah ke arah yg lain. Seolah-olah semua nak berebut nak beli benda yg sama. Sesetengah brg yg D hendak dah habis. Bila D gie tanya kat jurujual yg ada kat situ hmm dgn selamba dia jawab DAH HABIS tanpa ada inisiatif nak gie stor dan tambah mana2 brg yg dah habis. Nak marahkan siapa? Sama ada ini strategi pemasaran yg menghadkan brg2 bagi satu2 masa atau mmg sikap jurujual yg malas nak menyelenggara brg2 di situ. Sudahnya D lupakan je niat nak beli NESTLE CREAM dan TELUR AYAM tu dan gie dptkan brg2 yg lain plak.

Bila bakul dah penuh apa lagi jenuh gak nak jinjing. Penat tgn kanan D alih plak kat tgn kiri bila dua2 dah tak larat sgt hahhh apa lagi D main letak je kat atas lantai hehehehe sambil2 wat senaman ringan. Bkn D tak perasan ada mata yg dok pandang D waktu tu. D wat tak tau je. Last2 D minta kakak D perhati bakul tu dan D keluar jenguk kat letak simpan trolley tapi sekali lagi D hampa. Kosong je. Bkn nasib D agaknya. Di saat D kat kaunter pembayaran hmm baru D ternampak kelibat petugas pasaraya dok sorong trolley lepas kutip trolley2 tu dari tempat letak kereta. Salah siapa?? Sikap kita sebagai pembeli yg lepas tangan dok letak merata atau petugas pasaraya yg malas nak memantau dari masa ke semasa??? Tanggungjwb ini seharusnya patut berpihak kepada petugas itu sendiri dah kewajipan mereka untuk menjalankan tugas mereka bagi keselesaan para pembeli.

Bila keluar je dari pasaraya tu dah dkt2 nak waktu berbuka. D tak sempat nak memasak akhirnya kami berdua berbuka aje kat gerai mkn berhampiran. Sampai je kat rumah huh baru terasa badan nie penat sangat. Lengan naik lenguh. Bila dah mandi dan berehat. Waktu2 sunyi mcm tu lah yg buat D merindui anak dan suami. Di sebabkan tugas hanya di hujung minggu saja D dapat bersama mereka. Sekalipun bersengkang mata dok melayan kerenah si kecil, D tak merungut pun. Setiap detik dan masa yang D ada ketika itu sangat berharga. Bila tiba hari isnin hmm ketika nak melangkah gie ke tempat keja itulah hati D sebagai seorg ibu tersentuh bila menatap raut wajah si comel. D kucup wajahnya berulang kali dan D usap rambutnya perlahan-lahan. Hampir2 saja airmata wanitaku menitis tapi ku sekat. D kebalkan hati dan perasaan. D salam tangan suami dan tanpa menoleh kebelakang D terus masuk ke dlm kereta. Ini yang D lalui semenjak umur baby D 42hari, D duduk berjauhan dengannya dek tugas.

Hanya ini yang termampu D kongsi bersama anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah d laman blog D. Hingga bertemu lagi. Adiosssss.
aSSalamualaikum..


Tuesday, October 9, 2007

Di Ambang Aidilfitri

Assalamualaikum all

Hari ini seperti biasa D gie keja tapi diriku di landa kebosanan yg amat sgt. Entahlah..mungkin D terlalu merindui anak..my precious little girl..D junjung kasih yang amat sgt buat bonda tercinta kerana menjaga anak D selama D bertugas. Mungkin juga kerana tiada lagi kesibukan d pejabat seperti hari-hari sebelumnya.

Biasalah sekarang minggu terakhir puasa, sudah tentu org ramai berpusu-pusu pergi ke pusat beli-belah bershopping sakan. Tahun nie D tak amik cuti raya EXTRA sebab rakan kerja dah amik. Sedikit terkilan jugak...bkn nak sangat bercuti tapi perasaan nak BERSAMA keluarga tersayang tu yang membuak-buak.

Semalam suami tercinta call D. Hubby nak tau jika isteri dia nie dah mkn ke..ngah wat ape ke??? Terima kasih teramat sgt kerana ambil berat D. Yelah takkan time bercinta aje kot nak amik perhatian..bila dah kahwin dan beranak mcm tak exist plak..alahaiii. Dulu bercinta jarak jauh..hanya melalui SMS atau phone call je...skrg nampak gaya mcm tu gak hehehehe. Nak buat mcm mana dah tugas jauh sikit dari rumah keluarga..hendak tak hendak D kenalah korban..duduk berjauhan.

Hmm sampai sini dulu lah..insyaAllah kita bertemu lagi. Adiosss.