Wednesday, October 24, 2007

Musim Hujan

Dari ptg kelmarin sampailah pagi ini, hujan turun dgn ritma yg sekejap lebat kemudian hanya rintik-rintik. Mana-mana kawasan yg agak rendah sikit dah kena banjir pun. Apalagi kat kawasan tapak2 perumahan yang baru dan masih dlm proses pembinaan. Habis berlumpur semuanya. Masaalahnya longkang2 dan parit2 berdekatan tidak di bersihkan maka tumbuh rimbun le tumbuh-tumbuhan yg meliar tu. Mana lagi dgn pasir dan tanah yg termasuk ke dalamnya. Membuatkan air tersumbat dan tidak dpt mengalir. Kontraktor2 hanya memikirkan JANJI SIAP je projek mereka tanpa hirau akan parahnya alam sekeliling. Membiaklah dan bersuka rialah sang nyamuk.

Dimana kefahaman sivik kita?? Benda ini bukanlah perkara baru. Dah berada di depan mata kita untuk kesekelian kalinya. Bahkan kita seakan TERLUPA mengenainya. Bila hujan membasahi bumi, bila banjir berlaku, bila longkang dan parit tersumbat hahhhhhhhh cuma ketika inilah saja baru kite TERINGAT dan tercari-cari mana silapnya. Malah saling menuding jari ke pihak2 tertentu. Memadaikah dgn kempen semata-mata? Yang mungkin hanya setahun sekali sahaja? Tepuk dada tanya selera.

Cheers!!
LADY^DI
Brunei Darussalam

12 comments:

umie@kakyong said...

Salam lady^D
Kat semenanjung sini pun hari2 hujan... kalau tak hujan pagi, belah tghari hujan. ada beberapa kawasan dah di naiki air,,,, kesian sungguh lar kan... kalau dah banjir tu, banyak barang2 rosak, Betul tu D memang disebabkan sistem perairan yg tak senpurna, pastu pembangunan makin pesat dan banyak longkang2 tersumbat dan laluan perairan makin sempit...

Kalau kita buat report pun, depa akan ambik jalan mudah... tu yg tak lalu nak dengar...

LADY^DI said...

Salam Kak Yong..

Salam penuh ceria sbb dah dkt sgt hujung mggu. Tul tu kak seperti mencurah air ke daun keladi buat kering air liur je. Seperti kata org N9 TAK DAPEK DEN NAK NOLONG LAIE. Hampagas tul...

Cheers!!
LADY^DI

-ctz- said...

Dear kak D,
or D? eheh.. rasanya mcm kita nih same age je :P
alaaa.. bab-bab banjir nih memang membosankan la... my house memang kerap banjir. kalao sebut alostaq bah, sure lah tu my house kena sama. isshh.... ngeri!

ctz a.k.a julia_robot <--- nama dulu-dulu.. la ni, no longer available :P

cheers D~

LADY^DI said...

Salam Julia...
Mana-mana panggilan kak D ke D ke or auntie ke..kak D tima je hehehhe. Age juz a number dear. Tu hah bila dkt2 je bln Dec sure belah Utara ke..Pantai timur ke..and lately dah merata tempat sure ada kes BANJIR berlaku.

Pack mana2 yg penting naaaa. Nanti bila kak D gie Aloqstaq kite jumpe ekkk. InsyaAllah ada kak D habaq in advance coz so far lom planning bila.

Cheers babe.

LADY^DI

WAN ZUHA ISHAK said...

Musim hujan memang best, tambah2 cuti plak ari tu. Yang pasti tak kuar umah coz malas dan rajin sambung tido. Hahahahahahahahahaha

Biasalah akakku, semua penting $$$ daripada kebajikan orang sekeliling.

nafie said...

Assalamualaikum ^D...
Tadi sy nie dari blog umie..D dri brunei ye....ape khbr orang Brunei..?

LADY^DI said...

Wa'alaikumsalam Nafie..
Iyeee mmg D org Brunei. Setakat nie org2 Brunei alhamdulillah masih tetap DARUSSALAM heheheh.

Tks sbb sudi jenguk2 blog D yg simple nie ekk.

Rgds
LADY^DI

LADY^DI said...

Huh dik Zuha asyik tidoq memanjang naaaa. Kak D piat2 kang tinga tu hehehehe KETEGAQ tul ahakssssssss

Love
LADY^DI

WAN ZUHA ISHAK said...

Ehehehe kak. Bila lagi kakakku adik nih nak tido, time cuti la. Kalo ari keje, mana cukup tido... Boleh dikatakan tetiap ari tido 3 - 4 jam aje. Mana bleh tahan kak. Kalo nak piat, piat la. Tak heran pun. Ehehehehe :P

Mwahssssssssssss kakakku

-zuha-

umie@kakyong said...

Salam ladyD.
apa kabar?? lamanya senyap sunyi.... babay dah pandai apa?? sihat??

WAN ZUHA ISHAK said...

Kak o0o kak...

Lamanya ilangkan diri kakak aku neh. Adoi!!! Jangan la camni kak oii.

LADY^DI said...

Salam kak Yong & dik Zuha...

D sihat alhamdulillah, mcm 2 gak with my family. Baby dah tambah notty hehehehe asyik buat bubbles kemudian main2 dgn pacifier dier..lebih kurang gigit2 benda alah 2. Agaknya gusi dah gatal kot..mcm nak tumbuh gigi je gayanya.

Sorry till date D senyap je maklumlah dkt2 bln Dec nie a very PEAK SEASON for travel industry. Hari2 dok ATUR persiapan percutian org, D takat dengar, tolong dan plan percutian dorang. Once all of this over, D will be back. Don't worry ek.

Till then adios aSSalamualaikum MWOAHZZZZZZZZZZZZZ

Love alwayz
LADY^DI