Monday, December 31, 2007

Selamat datang 2008!!

Assalamualaikum...

Di saat-saat ini kita sedang menantikan detik 12.00 tgh mlm kerana di waktu itulah kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2007 dan segala kenangan2 baik yg manis atau pun pahit.

Tahun 2008 kini bakal menjelma. Apakah azam kita pada tahun 2007 ini sudah tercapai matlamatnya? Atau hanya sekadar hangat membara di ambang AWAL tahun sahaja di saat semuanya sedang ghairah dgn ketibaan tahun baru? Terpulang pada semua individu kerana segala jawapan terletak pada diri kita sendiri. Tidak salah punyai resolusi tahun baru sebagai pembakar semangat demi mencapai sesuatu yg dpt kita banggakan.

Tahun 2007 KINI bakal melabuhkan tirainya dan skrg kita ucapkan selamat datang pula 2008. Semoga kedatangan tahun baru ini kita semua di berkati, di beri rezeki yang melimpah ruah, kesihatan tubuh badan dari Yang Maha Esa. Bersyukur atas segala rahmatNYA kerana kita masih bernafas dan berpeluang sekali lagi untuk melayari tabir tahun baru 2008.

Selamat Tahun Baru 2008 buat semuanya!!!!!

Salam ceria
LADY^DI

Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum,

Di atas kesempatan ini buat keluarga tersayang, kawan-kawan serta sahabat handai di mana jua berada dan seluruh muslimin dan muslimat. D bersama seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, semoga ibadat qurban kita di terima oleh ALLAH S.W.T.

Salam sayang selalu
LADY^DI

Thursday, December 13, 2007

Bersua kembali

Assalamualaikum semuanya,

Wah..dah lama rasanya D tak menulis dlm blog nie. Bukan apa lantaran tugas yg teramat banyak. Kekadang tu bila dah terasa sgt bebanan kerja, D buka dan baca je blog kwn2. Sekadar rehatkan minda sambil2 ingin tahu cerita kwn2 yg terkini.

Dari lepas Raya sampai ke hari nie, ramai yg ingin merancang percutian mereka. Yang dah rancang awal2, D hanya perlu mengingatkan mereka untuk mengambil tiket penerbangan masing2. Maklumlah hampir semua penerbangan dari Brunei ini dah penuh dan ramai jugak yg dalam waitinglist. Ada jugak penerbangan yg dah tutup penempahan. Dari udara, ada jugak yg nak bercuti ke Pulau Labuan dan Sabah melalui laut. Kebanyakkan feri2 yg beroperasi masih menerima tempahan. Bagi yg ingin menikmati perjalanan darat pula, hanya cuti bulan Disember ini saja di kedua sempadan boleh di lihat panjangnya kenderaan beratur sama ada untuk perjalanan ke Sarawak atau ke Sabah. Inilah indahnya Brunei Darussalam, kedudukan strategik, berada di tengah Pulau Borneo.

Namun percutian domestik dlm negeri juga tidak kurang hebatnya. Tambahan lagi perancangan negara yg hendak menjadikan tahun 2009 sebagai Tahun Melawat Brunei. Sudah banyak rancangan yg di atur. Pelancongan masih di anggap sebagai sektor baru di negara ini. Keinginan negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sumber negara selain Minyak dan gas perlu dilihat sebagai alternatif yg tidak kurang hebatnya. Walaupun pelancongan negara ini belum setanding dgn negara-negara jiran namun usaha negara tidak patut diperlekehkan. Tiap negara punyai keunikan dan keindahan masing2.

Sekian dulu buat kali ini kerana masih ada baki2 tugas yg perlu D selesaikan. Bagi yg hendak bercuti, berhati-hati walau berada di mana jua dan yang penting pastikan semua dokumen2 perjalanan masih sah laku dan menyimpannya di tempat yg selamat. Jaga diri, hiasi peribadi.

Adiosssss.

Walking away
Lady^Di