Monday, December 29, 2008

Ma'al Hijrah 1430H

Salam pertemuan wat semuanya...
Alhamdulillah sekali lg kite berpeluang untuk bersama-sama menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah 1430. Apakah penghijrahan yg telah kite laksanakan dan tunaikan pd Hijrah yg lepas? Jika masih belum berganjak dari takuk yg lama maka cubalah untuk merangkak walaupun secara perlahan-lahan. Perlukah kite berubah dan mencari resolusi baru hanya bila tiba penghujung tahun? Jawapan terletak di bahu anda semua. Bagi D jika perubahan itu untuk ke jalan yg lebih baik, menguntungkan wat semua pihak dan membawa sinar yg mampu menerangi laluan hidup anda maka berubahlah untuk sesuatu yg positif. Tidak salah untuk meletakkan harapan yg tinggi, jika tidak tercapai dek tangan sekalipun maka cukuplah sekadar berada di kedudukan zon selesa anda sendiri.

D panjatkan syukur jugak ke hadrat Ilahi kerana memudahkan perjalanan ibadah Haji kedua org tua D dan kakak serta adik bongsu D pada Zulhijjah yg baru berlalu pergi. Alhamdulillah kebahagiaan tidak terhingga ketika melihat mereka semua selamat sampai ke tanah air dan linangan airmata D ketika itu adalah kesyukuran D terhadapNYA yg telah mendengar dan mengasihi umatnya yg kerdil ini dengan menyatukan diriku untuk bersama-sama ahli keluarga yg aku yg sayangi hingga ke akhir hayat.

Salam Ma'al Hijrah 1430.....

Tuesday, December 9, 2008

Salam Adha


Salam semuanya....
Rasanya D belum terlewat lg tuk greet u all kan....Selamat Hari Raya Aidil Adha. So mcm mana dgn sambutan u all tahun ini? D rasa inilah sambutan paling grand D ever celebrate tp pd masa yg sama D rasa sunyi dan sebak. Tgahari td D baru selesai mengadakan kenduri doa selamat buat ayahanda, ibunda, kekanda dan adinda D yg pd masa sekarang nie dlm perjalanan ke Mina tuk melontar 3 jamrah. Dari awal keberangkatan mereka ke tanah suci D panjatkan doa agar perjalanan ibadah HJ mereka mendapat rahmat, di permudahkan dan memperolehi HJ Mabrur AMIN!!!! Ya Rabbil Alamin...

Sepanjang mereka berada di tanah suci..D lah menjadi tunggak utama menjaga rumah since hanya D yg dah berkahwin dlm fmly D dan mengendalikan majlis sembahyang Maghrib, Isyak dan sunat Hajat di rumah ini. Mula2 pening gak dgn menu mkn ...yelah biasanya ibu yg masak dan tiba2 D plak jd Chef bidan terjun...namun alhamdulillah berkat kata sepakat antara D dgn suami serta abg sulung dan adik lelaki D...alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Surat jemputan tuk meraikan kepulangan mereka juga D dah siapkan cuma menunggu saat untuk di edarkan.

Persiapan gerbang di laman rumah juga sudah siap cuma menanti waktu tuk di dirikan kat dpn laluan masuk ke perkarangan rumah D. Thks 2 my cousins and the rest coz bertungkus lumus 2 come up with the ideas, design and paintings...welldone guys..owe u guys a lot. Now D counting the days for my parents and my 2 sisters balik ke tanah air. Tak sabar rasanya nak berkongsi pengalaman mereka ke tanah suci. Apa pun D harap mereka dpt menyempurnakan melontar 3 jamrah sebaik mungkin...

Phew D letih sgt dan mengantuk dah nie. InsyaAllah D akan update info nanti..Till then cheers...aSSalamualaikum