Wednesday, October 10, 2007

Coretanku

Semlm lepas je habis waktu pejabat, D pegi pasaraya dgn kakak. Bkn nak shopping sakan cuma sekadar nak beli brg2 keperluan tuk Aidilfitri yg bakal menjelang. Keadaan pasaraya masa tu mmg ramai pengunjung. Bila D gie tempat letak simpan TROLLEY hmm kosong. Bkn nasib D agaknya. Hendak tak hendak D gie amik bakul plak.

Agak susah nak bergerak dari satu arah ke arah yg lain. Seolah-olah semua nak berebut nak beli benda yg sama. Sesetengah brg yg D hendak dah habis. Bila D gie tanya kat jurujual yg ada kat situ hmm dgn selamba dia jawab DAH HABIS tanpa ada inisiatif nak gie stor dan tambah mana2 brg yg dah habis. Nak marahkan siapa? Sama ada ini strategi pemasaran yg menghadkan brg2 bagi satu2 masa atau mmg sikap jurujual yg malas nak menyelenggara brg2 di situ. Sudahnya D lupakan je niat nak beli NESTLE CREAM dan TELUR AYAM tu dan gie dptkan brg2 yg lain plak.

Bila bakul dah penuh apa lagi jenuh gak nak jinjing. Penat tgn kanan D alih plak kat tgn kiri bila dua2 dah tak larat sgt hahhh apa lagi D main letak je kat atas lantai hehehehe sambil2 wat senaman ringan. Bkn D tak perasan ada mata yg dok pandang D waktu tu. D wat tak tau je. Last2 D minta kakak D perhati bakul tu dan D keluar jenguk kat letak simpan trolley tapi sekali lagi D hampa. Kosong je. Bkn nasib D agaknya. Di saat D kat kaunter pembayaran hmm baru D ternampak kelibat petugas pasaraya dok sorong trolley lepas kutip trolley2 tu dari tempat letak kereta. Salah siapa?? Sikap kita sebagai pembeli yg lepas tangan dok letak merata atau petugas pasaraya yg malas nak memantau dari masa ke semasa??? Tanggungjwb ini seharusnya patut berpihak kepada petugas itu sendiri dah kewajipan mereka untuk menjalankan tugas mereka bagi keselesaan para pembeli.

Bila keluar je dari pasaraya tu dah dkt2 nak waktu berbuka. D tak sempat nak memasak akhirnya kami berdua berbuka aje kat gerai mkn berhampiran. Sampai je kat rumah huh baru terasa badan nie penat sangat. Lengan naik lenguh. Bila dah mandi dan berehat. Waktu2 sunyi mcm tu lah yg buat D merindui anak dan suami. Di sebabkan tugas hanya di hujung minggu saja D dapat bersama mereka. Sekalipun bersengkang mata dok melayan kerenah si kecil, D tak merungut pun. Setiap detik dan masa yang D ada ketika itu sangat berharga. Bila tiba hari isnin hmm ketika nak melangkah gie ke tempat keja itulah hati D sebagai seorg ibu tersentuh bila menatap raut wajah si comel. D kucup wajahnya berulang kali dan D usap rambutnya perlahan-lahan. Hampir2 saja airmata wanitaku menitis tapi ku sekat. D kebalkan hati dan perasaan. D salam tangan suami dan tanpa menoleh kebelakang D terus masuk ke dlm kereta. Ini yang D lalui semenjak umur baby D 42hari, D duduk berjauhan dengannya dek tugas.

Hanya ini yang termampu D kongsi bersama anda semua. Terima kasih kerana sudi singgah d laman blog D. Hingga bertemu lagi. Adiosssss.
aSSalamualaikum..


No comments: