Tuesday, October 16, 2007

Selamat Hari Raya
Hari suci mulia
Kepada muslimin muslimat
Semoga bahagia

Maaf lahir dan batin
Halal makan dan minum
Kepada teman dan saudara
Semoga panjang umur

Selamat berhari raya
Selamat berhari raya
Hari suci mulia
Hari suci mulia

Saling kunjung-mengunjung
Kepada semua umat
Semoga diberkati
Selamat Hari Raya


Lirik lagu d atas dendangan arwah Sudirman Hj Arshad adalah salah satu lagu raya yg D suka dengar. Entahlah dgn susunan lagu, liriknya dan cara arwah menyampaikan lagu ini begitu "KENA" sekali. He blend it well.

Hari ini dah masuk raya ke 4. Cepat je masa berlalu. Sedar tak sedar dah 4 hari kita berada d bln Syawal. Selalunya D cepat bimbang. Mana taknya nak kontrol selera mkn tu yg susah bebenor. Azam nak kurangkan scale dah nampak terbabas dari yg sepatutnya hehehe. Walaupun D tak makan "red meat" tapi dgn nasi yg beraneka jenis, ayam yg dlm pelbagai masakan, kek2 yg menarik dan segala masakan yg bersantan..phewwwww leh berpeluh kite di buatnya.Lepas raya nie surelah baru kelam-kabut nak turunkan berat yg bertambah.

Tahun nie pertama kali D menyambut raya bersama suami dan anak. Kenangan terindah dlm hidup D. Walaupun ada sekelumit perasaan pelik sedikit sbb sepanjang hidup ini D hanya meraikan dgn keluarga tersayang. Zaman berada d bawah ketiak ibubapa D dah berlalu. Skrg D dah punya tanggungjwb terhadap suami dan anak. Sepanjang cuti awam raya, D habiskan masa melayan keletah si kecil dan menjaga mkn minum suami. Walau penat tapi D sikit pun tak amik pusing. Asalkan D bersama mereka.

Walau apa pun D ucapkan selamat hari raya aidilfitri sekali lagi. Sampai bersua kembali.

Adiossss. aSSalamualaikum

Dariku,
LADY^DI
Brunei Darussalam

2 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

Gambar ngan abg n baby takde ke kak?

LADY^DI said...

Salam dik...

Ada mmg le ada dik cayang ooiii ehehehe. Tp kena le tunggu dulu dik. Akak lom selongkar memori kad akak le. InsyaAllah gambo permintaan ramai 2 akan di publish ahaksssss

Sayang selalu
LADY^DI
Brunei Darussalam