Monday, December 29, 2008

Ma'al Hijrah 1430H

Salam pertemuan wat semuanya...
Alhamdulillah sekali lg kite berpeluang untuk bersama-sama menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah 1430. Apakah penghijrahan yg telah kite laksanakan dan tunaikan pd Hijrah yg lepas? Jika masih belum berganjak dari takuk yg lama maka cubalah untuk merangkak walaupun secara perlahan-lahan. Perlukah kite berubah dan mencari resolusi baru hanya bila tiba penghujung tahun? Jawapan terletak di bahu anda semua. Bagi D jika perubahan itu untuk ke jalan yg lebih baik, menguntungkan wat semua pihak dan membawa sinar yg mampu menerangi laluan hidup anda maka berubahlah untuk sesuatu yg positif. Tidak salah untuk meletakkan harapan yg tinggi, jika tidak tercapai dek tangan sekalipun maka cukuplah sekadar berada di kedudukan zon selesa anda sendiri.

D panjatkan syukur jugak ke hadrat Ilahi kerana memudahkan perjalanan ibadah Haji kedua org tua D dan kakak serta adik bongsu D pada Zulhijjah yg baru berlalu pergi. Alhamdulillah kebahagiaan tidak terhingga ketika melihat mereka semua selamat sampai ke tanah air dan linangan airmata D ketika itu adalah kesyukuran D terhadapNYA yg telah mendengar dan mengasihi umatnya yg kerdil ini dengan menyatukan diriku untuk bersama-sama ahli keluarga yg aku yg sayangi hingga ke akhir hayat.

Salam Ma'al Hijrah 1430.....

Tuesday, December 9, 2008

Salam Adha


Salam semuanya....
Rasanya D belum terlewat lg tuk greet u all kan....Selamat Hari Raya Aidil Adha. So mcm mana dgn sambutan u all tahun ini? D rasa inilah sambutan paling grand D ever celebrate tp pd masa yg sama D rasa sunyi dan sebak. Tgahari td D baru selesai mengadakan kenduri doa selamat buat ayahanda, ibunda, kekanda dan adinda D yg pd masa sekarang nie dlm perjalanan ke Mina tuk melontar 3 jamrah. Dari awal keberangkatan mereka ke tanah suci D panjatkan doa agar perjalanan ibadah HJ mereka mendapat rahmat, di permudahkan dan memperolehi HJ Mabrur AMIN!!!! Ya Rabbil Alamin...

Sepanjang mereka berada di tanah suci..D lah menjadi tunggak utama menjaga rumah since hanya D yg dah berkahwin dlm fmly D dan mengendalikan majlis sembahyang Maghrib, Isyak dan sunat Hajat di rumah ini. Mula2 pening gak dgn menu mkn ...yelah biasanya ibu yg masak dan tiba2 D plak jd Chef bidan terjun...namun alhamdulillah berkat kata sepakat antara D dgn suami serta abg sulung dan adik lelaki D...alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Surat jemputan tuk meraikan kepulangan mereka juga D dah siapkan cuma menunggu saat untuk di edarkan.

Persiapan gerbang di laman rumah juga sudah siap cuma menanti waktu tuk di dirikan kat dpn laluan masuk ke perkarangan rumah D. Thks 2 my cousins and the rest coz bertungkus lumus 2 come up with the ideas, design and paintings...welldone guys..owe u guys a lot. Now D counting the days for my parents and my 2 sisters balik ke tanah air. Tak sabar rasanya nak berkongsi pengalaman mereka ke tanah suci. Apa pun D harap mereka dpt menyempurnakan melontar 3 jamrah sebaik mungkin...

Phew D letih sgt dan mengantuk dah nie. InsyaAllah D akan update info nanti..Till then cheers...aSSalamualaikum

Wednesday, October 29, 2008

EXCLUSIVE PHOTOS!!













































































































































































Assalamualaikum semuanya....

Phew mmg meletihkan after my trip to my mentua place at Jitra Kedah. What a journey coz inilah buat julung kalinya D gie travel dgn suami N my lil sweet pie @ daughter. Luggage jgn katalah sbb brg2 baby aje dah cukup berat. Lenguh gak bila galas & heret semua bagasi2. Kalau time solo dulu juz pack N go tp bila dah punya fmly nie heheheh gamaknya if D buat mcm 2 mmg D terkejar sana sini cari brg2 keperluan baby.

Pertama kali gak D celebrate raya kat umah mentua N pertama kali gak cucu dgn atuk serta tok wan dan fmly yg lainnya see my baby. Well sambutan Raya D tahun nie agak meriah namun D akui its a bit sukar for D 2 adjust 2 kg lifestyle with minimal facilities. Namun D bkn jenis yg merungut. Semuanya D lalui dgn penuh kesabaran dan try 2 adapt walaupon kdg2 D rindu pd my Brunei Air condition bedroom kekekeke.

Exclusively buat tatapan semua D revealing our pictures while on the way AND while in Kedah. A picture worth a thousand words. Cheers!!

Sunday, August 31, 2008

SELAMAAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum semua....
Syaaban dah pun sampai ke penghujungnya..Kini Ramadhan Al-mubarak bakal menjengah lagi. Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi kerna kite masih bernafas untuk sama2 mengecapi kehadiran bulan yg penuh dengan keberkatan ini. D harap kite semua dpt melaksanakan ibadah puasa dengan penuh kesabaran, ketulusan dan keimanan.

Ahlan wahsahlan mabruk...selamat datang Ramadhan...selamat menjalani puasa buat semua kawan2 di mana saja anda berada tak lupa juga buat semua muslimin dan muslimah yg lainnya.

Jgn lupa tau NIAT puasa ya... Till then smile always...

Saturday, August 2, 2008

LADY_LIA

Salam semuanya. Semalam secara tak langsung, D teringat kat seorang teman yg D kenali dari laman chat kampung. Dia bukan saja seorang kenalan chatting malahan dah D anggap seperti kakak kandung D. Pertama kali bersua dengannya ketika majlis gathering chatters kampung chat di KLCC. Dari situ perkenalan dan persahabatan yg bermula dari alam maya berlanjutan ke alam realiti bahkan dah menjadi sedara seagama.

D pernah bawa diri mencari siapa diri D dari kemelut yg melanda diri beberapa tahun yg lalu. Pada dia lah D ceritakan dan kongsikan segalanya. D duduk kat rumahnya di Melaka dan melalui hari-hari dan pengalaman yg amat manis dalam memori D.

Walaupun sekarang status D dah bukan single lagi dan seringkali sibuk melayan kerenah baby dan suami tp sekali sekala D tetap mengingati dirinya dengan menghantar pesanan ringkas (SMS) buat dirinya dan anaknya. Setakat bertanya khabar dan berita terkini.

Semalam mmg terpanggil D untuk menghubunginya. Alhamdulillah gerak hati D memang tepat kali ini ketika di khabarkan berita gembira. Tahniah buat Kak Lia @ Lady_Lia kerana selamat melahirkan seorang baby pompuan pagi kelmarin walaupun secara pembedahan. D miss u a lot kak. Mwoahzzzzzzzzz. Congratssss kak...penantian yg selama ini akak tunggu muncul jua akhirnya....Salam sayang selalu.

Monday, July 14, 2008

Grand Celebration


Tarikh 15hb Julai memang di tunggu-tunggu kehadirannya saban tahun. Esok, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bersama yg lainnya akan meraikan majlis keputeraan KDYMM Paduka Seri Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yg ke 62 thn. Semoga Kebawah Duli kekal Karar di atas takhta memerintah negara. Daulat kebawah duli tuan patik.


Pada 1hb julai yg baru berlalu, di waktu malam seluruh negara di banjiri dengan kilauan lampu-lampu neon yg berbagai bentuk dan rupa. Dah menjadi kewajipan D sekeluarga pergi meronda dari kawasan perumahan D sampai ke Istana Nurul Iman (istana resmi Sultan) hanya semata-mata untuk menikmati keindahan Brunei di waktu malam di bawah limpahan kerlipan cahaya. Pada petang hari itu pula di adakan majlis menaikkan bendera besar Brunei di perkarangan bangunan Yayasan Sultan Hj Hassanal Bolkiah dan kemudiannya di ikuti di ke empat-empat Daerah yg lainnya.


The capital, Bandar Seri Begawan, has already been transformed into a city of lights with its richly decorated myriad of lights, banners, arches and the national flags, which herald, once again, the centre of all the month-long celebrations. Lights in all shapes, sizes, hues and colours, from glistening blue chandeliers to sparkling white raindrops, from the capital's landmark clock to the newly erected monument dedicated to the beloved monarch at the Jame Asr' roundabout, the explosion of decorations and colours in the nation has kicked off the celebrations in full gear.Year after year, locals and tourists alike eagerly anticipate the grand spectacle of July 15. For our fellow Bruneians, it is their opportunity to show their respect, loyalty and love for the revered monarch. For tourists, it is a once-in-a-lifetime opportunity to witness the regal pomp, national pageantry and royal circumstance of a Royal Celebration.

Friday, May 9, 2008

Something To Read!!

With Mother's Day celebration around the corner. I had been fwrded this article frm a good friend of mine. Something for us to share readers. To all mothers, mummy, ibu, bonda, mak in the whole world...i would like 2 say HAPPY MOTHER'S DAY. Personally to my dearest ibu Pengiran Luyah Bte Pengiran Anak Hj Saiful Rizal @ Damit, terima kasih atas segala pengorbanan dan ketabahan ibu menghadapi hari2 bersama2 anak2 mu ini. Wann (hehehe
my nickname kat umah) sayang ibu selamanya unconditionally!! Mwoahzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............

Read through people!!! This story had touched my heart!!

A MOTHER WITH ONE EYE.

In the name of Allah, The Most Merciful, The Most Gracious

My mother had only one eye,
I hated her as I was ashamed of her
She was a cook in the school cafeteria where I studied.
One day, when I saw still in a primary class,
She came to visit me to see for herself that I was all right.
I was very upset, how dare she do this to me?

After that incident I ignored her & looked on her
Only with hateful eyes….

The next day, a fellow-student told me,
“oohhh, your mother has only one eye!”

At that moment, I wanted to crawl under the floor
And that my mother would be out of my life completely.

The next day I went to meet her & to tell here:
“ because of you I am the joke at school,
Why don’t you die and go away!?

But, she did not respond….

I wasn’t thinking and did not know what I was saying,
I was very angry.

I could not imagine
How she would react to my remarks.

And, I left town.

I studied relentlessly and obtained a scholarship
to continue my studies abroad.

In fact, I completed my studies, got married, bought a house and set up my family.
I lived a happy and a peaceful life.
One day, my mother comes to visit me.
It has been many years since she had disappeared,
She had never met here grand-children.

She remained at the doorstep
While my children were making fun of her

I shouted at her: “ How date you come all the way here and frighten my kids?!

With a calm voice she responded:
“I apologize, I am at the wrong address.”
And she disappeared.


One day, I received an invitation from my hometown school to attend a reunion under the “ close family ties “ topic

I lied to my wife and made her believe that
I was traveling for business.

After the reunion I stopped by the house
where I grew up

The neighbours informed me that
my mother had passed away.

I did not shed even one drop of tear!!!


The neighbor handed me a letter
that my mother had left for me

“My Dear son, I always thought of you.”

I regret having visited you abroad
And frightened your kids

…I was very pleased when I heard that
you would come to attend the reunion

…The only thing was that I could not get up
from my bed to come and see you….

… I am broken-hearted that I brought
shame to you on numerous occasions…

…Did you know that when you were a baby
you had an accident and lost your one eye?...

… and, as any other mother would,
I would not let you grow up with only one eye….

So. I gave you my eye……..

I was very proud and happy to know that my son would be able to see the world with my eye

… with all my love…

…Your mother….

The Last and final Messenger of Allah swt, Prophet Muhammad, peace be upon him said.
"It is one of the greatest sins that a man should curse his parents."
(Sahih Al-Bukhari Hadith 8.4 Narrated by Abdullah bin Amr)


Allah swt says: Your Lord has enjoined the following: You should not worship anyone but Him Alone! Treat your parents with great kindness; if either or both of them attain old age, do not even say ‘uff’ to them; nor rebuke them; but speak to them kind words. Treat them with humility and tenderness and pray, “O our Lord, be merciful to them, just as they brought me up with kindness and affection in my childhood.”


Holy Quran Chapter 17 Surah Bani Israel verses 23-24

Friday, April 25, 2008

Permata Hati!!

Salam semua...
Mohon maaf kerana sudah lama D menyepikan diri. Bukan tiada cerita nak di kongsi bersama cuma sekadar untuk "MENGHILANGKAN" diri buat seketika. Bagi kawan2 yg sudi menghantar SMS, e-mail dan kat ruangan my shoutbox, D ucapkan terima kasih kerana tidak pernah melupakan diri D. D hargai semuanya.

Pada tarikh 25hb April 2007 yg lepas (genap setahun hari ini), D berada di dalam wad. Masa tu memang D gemuruh, berdebar-debar kerana D hendak di induce oleh Doktor bagi menstimulasi proses kontraksi pada kandungan D. Walaupun belum tiba due date tuk D bersalin tapi atas masalah kesihatan D akur namun D berkeras dengan Dr yg bertugas untuk membiarkan D mencuba bersalin secara biasa daripada C-SEC.

Selepas dos pertama, D masih belum mengalami kontraksi menyebabkan Dr mengarahkan supaya D beri lagi dos kedua pada jam 1 ptg. Dalam pukul 3 lebih baru D terasa seperti ada cecair keluar dan bila D lap dengan tisu, D panik cecair mengandungi darah. D segera meminta suami untuk memanggil nurse yg bertugas. Rupanya itulah tanda2 D akan mulai mengalami kontraksi. D di beri suntikan penahan sakit dan tertidur kemudiannya.

D terjaga bila terasa kontraksi yg berselang-seli tapi D masih mampu mengawal diri cuma tiada selera tuk makan. Keluarga D datang menjenguk selepas maghrib. Ibu suapkan D makanan bila suami D kata D langsung tak jamah makanan pun hari tu. Tuk jaga hati ibu, D telan juga tapi cuma setakat dua suapan saja. D pening plak dan nak pitam. Ibu bagi D mkn telur ayam mentah. LOYA memang meloyakan tapi time sakit macam tu D terus telan aje.

Hanya kekuatan minda saja yg D miliki ketika itu. Dari segi tenaga memang D dah lemah. D byk berselawat di dalam hati dan berdoa minta di permudahkan semuanya. Fikiran D agak terganggu dari sejak sebelum di masukkan ke dalam wad lagi. Bila Doktor mengatakan D tak mampu untuk bersalin normal melainkan kaedah pembedahan, memang D terasa longlai sekali. D dah pernah melalui DUA pembedahan sebelum berkahwin dulu. Pengalaman sebelum dan selepas pembedahan memang traumatik buat D. Kalau boleh memang D nak mengelak dari melalui semua itu.

Tepat jam 11.30 mlm, kontraksi D semakin kuat dan jaraknya selang sesaat. D minta kakak yg berdekatan dengan katil D tuk memanggil nurse yg bertugas. Bila di periksa, bukaan D dah 7cm. Apa lagi kelam kabut nurse yg bertugas sambil bertanya sama ada suami D ada di luar atau di rumah. Bila D jawab suami tunggu di luar, dia pun panggil dan suami bergegas masuk sambil mengusap-ngusap lengan D.

Nasib baik semua brg2 keperluan baby dah D sediakan. Kata org memang juz pack N go. D di sorong dgn wheelchair menuju ke wad bersalin. Bila dah tiba di sana, bukaan D dah 9cm. Sejam dah berlalu tapi baby belum juga keluar. Doktor yg bertugas yg mmg memantau kes D, terus minta suami D di panggil kedalam tuk menandatangani surat izin pembedahan. Selepas proses sign surat dah selesai, bidan yg bertugas bertegas pada Dr tersebut tuk di beri masa sejam lagi tuk D mencuba bersalin secara normal. Nasib Dr tu setuju dan pada masa yg sama sempat warning gak pada mereka kalau D masih gagal, dia minta D segera di bawa ke theatre kerana bilik pembedahan dah on stanby basis.

Semua bidan dan jururawat yg bertugas, mengerah tenaga dan memberi kata-kata perangsang pada D agar mengenepikan pendapat Dr tu dan cuma konsentrasi tuk bersalin. Dengan semangat mereka yg bertugas di awal pagi itu, dengan ingatan untuk tidak mahu melalui pembedahan buat kesekalian kalinya, D fokus dan bertekad untuk bersalin normal. Detik 1.50 pagi pada awal 26hb April 2007, alhamdulillah D selamat melahirkan seorang puteri secara normal. Tak putus2 D menyebut alhamdulillah bersyukur padaNYA kerana dgn izinNYA semua kekalutan dan ketakutan D dah berlalu pergi.

Kepada suami, terima kasih atas perhatian dan pengorbanan serta kesanggupan meredah sejuk tidur di kerusi pelawat di luar wad semasa D di masukkan di wad di awal usia kandungan D yg ke 5 bln akibat kurang darah merah. Being an anemia, kalau sebelum mengandung memang D tak kisah sangat tp demi kandungan D terpaksa melalui kesakitan proses menerima 3 PIXELS blood sbb time tu mmg reading darah merah D mencecah paras 4 aje. Terima kasih juga kerana menerima diri D seadaanya. Mwoahzzzzzzzzz...

Besok tanggal 26hb April 2008, genaplah permata hati kita berdua, Dayang Nur Eliana Syazwani
menginjak usia SATU tahun. Satu perjalanan hidup yg baru, banyak perkara dan benda baru setiap detik dan saat sejak kehadiran dirinya dlm hidup kita. D berdoa agar puteri kite membesar menjadi anak yg solehah, tabah melalui hari-hari yg mendatang dan penuh cabaran ini, di beri kesihatan tubuh badan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin! Amin! Aminnnnn!!!Happy FIRST birthday to my sweet Lil pumpkin, mummy sweet pie and daddy sweetheart. Ibu and ayah always LOVE you for eternity. MWOAHZZZZZZZZZZZZ.....

A journey in life
Lady^Di

Friday, January 11, 2008

SALAM MA'AL HIJRAH 1429!!

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat bagi D untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429. Pejam celik pejam celik begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Tambahan lagi mcm baru semalam je kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha.

Sambutan awal hijrah nampak begitu sepi sekali. Hanya segelintar muslimin dan muslimat yang datang memeriahkan masjid dan balai2 ibadah dgn bacaan ayat2 suci dan lazim, tidak kurang juga yang bertahmid, mensyukuri padaNYA kerana masih berpeluang serta kesempatan untuk menjalani kehidupan ini.

Bagaimanakah penghijrahan kita dalam hidup ini? Hanya diri kita sendiri yang mempunyai jawapannya. Terpulanglah kemana hala tuju yang kita tentukan. Setentunya kita hanya mampu merancang tetapi hanya ALLAH SWT yang menentukan segalanya.

Buat semua salam Ma'al Hirah 1429 sekali lagi.

Ikhlas dariku
Lady^Di