Thursday, October 11, 2007

Pengumuman ESOK raya atau TIDAK!

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Bln penuh rahmat ini datang dan pergi meninggalkan kesan yg amat dalam di sudut nurani kita. Belum tentu kita akan menemui ramadhan yg akan dtg. Moga ALLAH memberi kita kesempatan menemui ramadhan sekali lagi. AMIN! AMIN! AMIN!

Petang ini ahli jemaah masjid2, pegawai dari jabatan agama/mufti dan pegawai2 dari jabatan ukur akan pergi ke lokasi2 tempat melihat anak bulan Syawal. Selepas maghrib nanti, insyaAllah saban tahun pengumuman keputusan melihat anak bulan pasti di tunggu2 seisi keluarga. Tak kiralah pangkat umur. Inilah detiknya. Setelah berpuasa menahan lapar dan dahaga serta segalanya, kita akan meraikan kemenangan ini bersama. Seluruh umat islam di dunia ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan memanjatkan syukur kehadrat Illahi sempena kedatangan Syawal. Tanpa ada sempadan kaya atau miskin pasti kegembiraan ini kita kongsi bersama.

Sejurus pengumuman di buat jika Hari Raya jatuh pada esok hari maka berganda lagilah keriangan kita kerana jatuh pada hari Jumaat, hari kemenangan buat kita umat islam. Akan terdengar lah keindahan takbir raya mengiringi kedatangan Syawal. Namun jika sebaliknya, maka janganlah kita sedih atau marah kerana bila Ramadhan melabuh layarnya, pastinya kita akan merinduinya. Gunakanlah hari terakhir Ramadhan untuk merebut seribu keberkatan dan fadhilatnya.

Sebagaimana , daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Moga segala amal ibadah kita, keikhlasan kita dalam mengerjakan puasa diterima olehNYA. Di kesempatan ini juga D ingin memohon ampun dan maaf, jika ada terkasar bahasa dlm sedar atau tanpa di sedari dan halalkan segala yg termakan dan terminum. Buat teman2 di mana saja berada, semoga hidup kita lebih bermakna dan Salam Aidilfitri, HAPPY EID MUBARAK maaf zahir dan batin.

Till then adiosssss aSSalamualaikum

Ikhlas dariku
LADY^DI
Brunei Darussalam

2 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

Akak D,

Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin dari adik. Sampaikan salam syawal adik dekat abang.

Note: Nak sgt adik tgk gambar abg dan anak sedara adik yg comel tu

Adikmu,
dik wanz

LADY^DI said...

Hye dik Zuha..

Mwoahzzzzz thanks for visiting my blog :-)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir & batin gak dari kak D sekeluarga.

Sampaikan salam kak D kat dik Salwa ekk. InsyaAllah kak D will sampaikan ur rgds to ur abg here.

Bout gambo 2 ehehhehe insyaAllah akak will post it here. Not sure bila coz lom susun. Dlm pendrive semua campur aduk. Lom lg kat digital Camera N handphones memory card hehehehe sampai pening pala.

Till then sis buhbyeee. Assalamualaikum