Friday, January 11, 2008

SALAM MA'AL HIJRAH 1429!!

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat bagi D untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1429. Pejam celik pejam celik begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita. Tambahan lagi mcm baru semalam je kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha.

Sambutan awal hijrah nampak begitu sepi sekali. Hanya segelintar muslimin dan muslimat yang datang memeriahkan masjid dan balai2 ibadah dgn bacaan ayat2 suci dan lazim, tidak kurang juga yang bertahmid, mensyukuri padaNYA kerana masih berpeluang serta kesempatan untuk menjalani kehidupan ini.

Bagaimanakah penghijrahan kita dalam hidup ini? Hanya diri kita sendiri yang mempunyai jawapannya. Terpulanglah kemana hala tuju yang kita tentukan. Setentunya kita hanya mampu merancang tetapi hanya ALLAH SWT yang menentukan segalanya.

Buat semua salam Ma'al Hirah 1429 sekali lagi.

Ikhlas dariku
Lady^Di