Monday, October 22, 2007

Menziarahi Kawan-kawan

Dah beberapa hari tak menulis dlm blog nie. Dekat-dekat hujung minggu cuma satu je tumpuan D. Nak segera balik ke rumah tuk bersama-sama anak D. Hanya kelmarin D ada kesempatan masa gie bertandang ke rumah kawan-kawan. Seawal jam 5.30 pagi, D dah sediakan sarapan tuk suami dan ahli keluarga yang lain. Kemudian D gie kutip pakaian tuk di basuh. Sekejap-sekejap D gie jenguk baby. Rupanya si kecil dah bangun ngah leka main dgn tuala kecil dia. Bila dia nampak D..wahh senyum lebar sampai ke telinga. Baby D memang suka senyum. Baby D mcm D gak EARLY RISER hehehe org dok lena di ulit mimpi, kami dah bangun dan main-main berdua.

Tepat je pukul 7 pagi, D gie sediakan tempat mandi baby. Baby D suka main air tapi kebiasaannya waktu pagi D tak biar dia berendam lama cuma ketika mandi petang je baru lama sikit. Pagi tu D nak bawa baby D gie beraya rumah kawan-kawan. Yelah..bila lagi D nak peraga baby D tu hehehe.

Rumah pertama yg D gie rumah Sarinah. Beberapa kali kami terover simpang gie rumah dia. Alahai memang we all tak reti mcm mana sistem no kat kawasan perumahan tu. Akhirnya jumpa jugak rumah dia. Kemudian gie rumah Aisyah plak. Rumah Aisyah nie agak unik sedikit sebab separuh daratan dan selebihnya kat laut. Dua scenerio yg berbeza tapi mendamaikan. Kebanyakan org Brunei lepas je balik kerja kemudian bila ada masa terluang sure gie ke laut. Aisyah said now musim udang sbb tu suami dia gie ke laut...JGN LUPA me Aisyah..kasi-kasi lah banyak setakat 4 ke 8 kilo ke udang tu kalau hasil lumayan hahahaha. U tau kan my HP no. D sure zoommmm 2 ur hse.

Then gie umah Liza plak. Sunyi je rumah dia sekarang nie. Maklumlah abang dan keluarganya dah berhijrah dan menetap kat L.A sekarang nie. Tinggallah Liza dengan mummy dia je. Sempat gak D belek-belek album gambar Liza waktu dia gie Los Angeles last july. Liza show me jugak gambar abang dia sekeluarga waktu dorang gie LAS VEGAS 1st day raya hari tu. Yelah dok kat Amerika...mana ada tmpt nak spend raya.

Lepas tu we all gie rumah Fauziah. Hah nak gie rumah Zee nie agak mencabar gak. Kena ada skill tuh redah naik rumah dia. Wahai Zee..apasal le ur parents dok bina rumah atas bukit. Tinggi bebenor dua kali pusing bukit. Phew berpeluh D...gayat bila dok dlm kereta. Bila dah selamat sampai on top then ur mom said u keluar plak dah. Bertuah punya kawan. Dia lupa apa D nak gie rumah dia. Nasib baik D dah mesra-mesra alam dgn ur family Zee..kalau tak iskkk segan i ahaksss.

Baby D nampak penat je sampai terlena dlm dakapan D. Kesian D tengok wajah si kecil. Nampak gaya D tak boleh nak gie rumah kwn2 yg lain. D balik rumah lepas tu kebetulan gak D baru terima SMS dari my EX Classmate..Ai Leng..she said nak dtg umah D ptg tu. Rupanya bkn senang nak bawa budak kecik gie keluar. Bila mereka tak selesa makin banyak lah ragam. D baru ada anak seorang, D tak dapat gambarkan mereka yg punya ramai anak. Phewwwww D tabibbb dorang. D awal2 dah angkat bendera putih.

Wassalam

LADY^DI
Brunei Darussalam



4 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

As'kum akakku,

Yep! Setuju sesgt ngan akak 'Rupanya bkn senang nak bawa budak kecik gie keluar. Bila mereka tak selesa makin banyak lah ragam.'

Mcm imran nephew adik tu, kalo dah mula meragam memang susah nak pujuk melainkan my SIL saja. Kat orang lain jangan harap dia nak. Masa on da way balik dari KL ke Sungai Petani, my SIL drive keta, zuha la yang melayan imran. Tetiba dia meragam coz ngantuk. Mak aih penat gak layan dia meragam. Lastly tido gak imran atas bahu zuha. Masa dia tido tu, cute sangat. Kesian kat dia letih travel. Nasib baik malam, kalo siang tatau la.

-zuha-

umie@kakyong said...

Lady^D...
Anak pertama memang mengejutkan kita... risau pun ada... jaga dgn penuh rapi dan teliti... Tapi kalau anak yg ke 3 atau ke 4... kita buat relek je.... hehehe .. seronok membesarkan anak2 ni... pengalaman yg tak mungkin di lupakan...Bab GG dgn mata anak2 yg selalu akak jaga beriyer2,,, hehehe tapi bila dah membesar.. gurau2 dgn kawan.. jatuh tertungging,,, GG sumpik pulak... alahai frustnya,,,, Kalau boleh tak nak anak2 pakai spek mata... tapi dalam 5 org tu.. 3 speaky... hat bongsu tu.. 6 tahun dah rabun.... frust lagi sekali...

LADY^DI said...

Wassalam dikkk wanZ..

Tu baru layan anak sedara ekkk tggu le bila dah ada anak sendiri. Dlm penat2 tu terhibur gak kite dgn keletah dorang.

Jenuh akai hehehehe mcm2 dorang buat semata-mata nak our attention. Semlm akak D call ibu akak sbb hubby kak D ckp baby kat bilik ibu. Bila akak tanya ibu apa si kecik buat hmmm rupanya dia ngah lompat2 kat atas riba atuk dia.

Mmg tak reti penat ape baby gal akak tu hehehe. Which reminds me time buat ultrasound dulu coz maybe dia pun penat asyik kena scan dgn tak semena-mena when the lady yg wat scanning tu dok klik2 mouse dia tetiba ada bunyi kuat hehehe rupanya baby kick tepat kat speaker alat ultra tu. The lady said wahhh A VERY ACTIVE baby.

Salam kat dik Salwa ekkk.

LADY^DI

LADY^DI said...

Kak Yong...

Hehehe the journey of women's life frm being single jd isteri org then ibu plak. Perjalanan dan perubahan hidup yg boleh di katakan drastik. Every 1st in our life sure jd kenangan abadi kite.

Now baby gal D suke buat bubbles maybe dah nak tumbuh GG kot. Yeap mata pancaindera paling utama. D always remind diri to really take good care to my lil gal. D takmo dia lalui apa yg telah D went through. After D done TWICE eye operation its ENOUGH with me. Sakitttttttttt hanya ALLAH yg tahu.

Erkkkkk would there be 2nd??? 3rd?? 4th??? Kids of mine??? For the time being D nak relax2 dulu hehehhe. I stick to ONE dulu kak kesian baby gal D masih kecik.

LADY^DI