Monday, December 31, 2007

Selamat datang 2008!!

Assalamualaikum...

Di saat-saat ini kita sedang menantikan detik 12.00 tgh mlm kerana di waktu itulah kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2007 dan segala kenangan2 baik yg manis atau pun pahit.

Tahun 2008 kini bakal menjelma. Apakah azam kita pada tahun 2007 ini sudah tercapai matlamatnya? Atau hanya sekadar hangat membara di ambang AWAL tahun sahaja di saat semuanya sedang ghairah dgn ketibaan tahun baru? Terpulang pada semua individu kerana segala jawapan terletak pada diri kita sendiri. Tidak salah punyai resolusi tahun baru sebagai pembakar semangat demi mencapai sesuatu yg dpt kita banggakan.

Tahun 2007 KINI bakal melabuhkan tirainya dan skrg kita ucapkan selamat datang pula 2008. Semoga kedatangan tahun baru ini kita semua di berkati, di beri rezeki yang melimpah ruah, kesihatan tubuh badan dari Yang Maha Esa. Bersyukur atas segala rahmatNYA kerana kita masih bernafas dan berpeluang sekali lagi untuk melayari tabir tahun baru 2008.

Selamat Tahun Baru 2008 buat semuanya!!!!!

Salam ceria
LADY^DI

4 comments:

WAN ZUHA ISHAK said...

Selamat tahun baru 2008 untuk akak sekeluarga

Mwahsssssss
dik zuha

umie@kakyong said...

Salam LadyD,
Selamat tahun baru 2008 semoga azam tahun baru ni akan dapat mencapai matlamat dalam kehidupan sehari hari, insyaalah.

Salam i ngatan dri,
Kak_Yong

LADY^DI said...

Salam dik Zuha & Kak Yong,

Salam ingatan dan sayang selalu buat anda berdua di tanah semenanjung sana MWOAHZZZZZZZ

WAN ZUHA ISHAK said...

Selamat menyambut maal hijrah 1429

Mwahs,
-dik zuha-