Friday, April 25, 2008

Permata Hati!!

Salam semua...
Mohon maaf kerana sudah lama D menyepikan diri. Bukan tiada cerita nak di kongsi bersama cuma sekadar untuk "MENGHILANGKAN" diri buat seketika. Bagi kawan2 yg sudi menghantar SMS, e-mail dan kat ruangan my shoutbox, D ucapkan terima kasih kerana tidak pernah melupakan diri D. D hargai semuanya.

Pada tarikh 25hb April 2007 yg lepas (genap setahun hari ini), D berada di dalam wad. Masa tu memang D gemuruh, berdebar-debar kerana D hendak di induce oleh Doktor bagi menstimulasi proses kontraksi pada kandungan D. Walaupun belum tiba due date tuk D bersalin tapi atas masalah kesihatan D akur namun D berkeras dengan Dr yg bertugas untuk membiarkan D mencuba bersalin secara biasa daripada C-SEC.

Selepas dos pertama, D masih belum mengalami kontraksi menyebabkan Dr mengarahkan supaya D beri lagi dos kedua pada jam 1 ptg. Dalam pukul 3 lebih baru D terasa seperti ada cecair keluar dan bila D lap dengan tisu, D panik cecair mengandungi darah. D segera meminta suami untuk memanggil nurse yg bertugas. Rupanya itulah tanda2 D akan mulai mengalami kontraksi. D di beri suntikan penahan sakit dan tertidur kemudiannya.

D terjaga bila terasa kontraksi yg berselang-seli tapi D masih mampu mengawal diri cuma tiada selera tuk makan. Keluarga D datang menjenguk selepas maghrib. Ibu suapkan D makanan bila suami D kata D langsung tak jamah makanan pun hari tu. Tuk jaga hati ibu, D telan juga tapi cuma setakat dua suapan saja. D pening plak dan nak pitam. Ibu bagi D mkn telur ayam mentah. LOYA memang meloyakan tapi time sakit macam tu D terus telan aje.

Hanya kekuatan minda saja yg D miliki ketika itu. Dari segi tenaga memang D dah lemah. D byk berselawat di dalam hati dan berdoa minta di permudahkan semuanya. Fikiran D agak terganggu dari sejak sebelum di masukkan ke dalam wad lagi. Bila Doktor mengatakan D tak mampu untuk bersalin normal melainkan kaedah pembedahan, memang D terasa longlai sekali. D dah pernah melalui DUA pembedahan sebelum berkahwin dulu. Pengalaman sebelum dan selepas pembedahan memang traumatik buat D. Kalau boleh memang D nak mengelak dari melalui semua itu.

Tepat jam 11.30 mlm, kontraksi D semakin kuat dan jaraknya selang sesaat. D minta kakak yg berdekatan dengan katil D tuk memanggil nurse yg bertugas. Bila di periksa, bukaan D dah 7cm. Apa lagi kelam kabut nurse yg bertugas sambil bertanya sama ada suami D ada di luar atau di rumah. Bila D jawab suami tunggu di luar, dia pun panggil dan suami bergegas masuk sambil mengusap-ngusap lengan D.

Nasib baik semua brg2 keperluan baby dah D sediakan. Kata org memang juz pack N go. D di sorong dgn wheelchair menuju ke wad bersalin. Bila dah tiba di sana, bukaan D dah 9cm. Sejam dah berlalu tapi baby belum juga keluar. Doktor yg bertugas yg mmg memantau kes D, terus minta suami D di panggil kedalam tuk menandatangani surat izin pembedahan. Selepas proses sign surat dah selesai, bidan yg bertugas bertegas pada Dr tersebut tuk di beri masa sejam lagi tuk D mencuba bersalin secara normal. Nasib Dr tu setuju dan pada masa yg sama sempat warning gak pada mereka kalau D masih gagal, dia minta D segera di bawa ke theatre kerana bilik pembedahan dah on stanby basis.

Semua bidan dan jururawat yg bertugas, mengerah tenaga dan memberi kata-kata perangsang pada D agar mengenepikan pendapat Dr tu dan cuma konsentrasi tuk bersalin. Dengan semangat mereka yg bertugas di awal pagi itu, dengan ingatan untuk tidak mahu melalui pembedahan buat kesekalian kalinya, D fokus dan bertekad untuk bersalin normal. Detik 1.50 pagi pada awal 26hb April 2007, alhamdulillah D selamat melahirkan seorang puteri secara normal. Tak putus2 D menyebut alhamdulillah bersyukur padaNYA kerana dgn izinNYA semua kekalutan dan ketakutan D dah berlalu pergi.

Kepada suami, terima kasih atas perhatian dan pengorbanan serta kesanggupan meredah sejuk tidur di kerusi pelawat di luar wad semasa D di masukkan di wad di awal usia kandungan D yg ke 5 bln akibat kurang darah merah. Being an anemia, kalau sebelum mengandung memang D tak kisah sangat tp demi kandungan D terpaksa melalui kesakitan proses menerima 3 PIXELS blood sbb time tu mmg reading darah merah D mencecah paras 4 aje. Terima kasih juga kerana menerima diri D seadaanya. Mwoahzzzzzzzzz...

Besok tanggal 26hb April 2008, genaplah permata hati kita berdua, Dayang Nur Eliana Syazwani
menginjak usia SATU tahun. Satu perjalanan hidup yg baru, banyak perkara dan benda baru setiap detik dan saat sejak kehadiran dirinya dlm hidup kita. D berdoa agar puteri kite membesar menjadi anak yg solehah, tabah melalui hari-hari yg mendatang dan penuh cabaran ini, di beri kesihatan tubuh badan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin! Amin! Aminnnnn!!!Happy FIRST birthday to my sweet Lil pumpkin, mummy sweet pie and daddy sweetheart. Ibu and ayah always LOVE you for eternity. MWOAHZZZZZZZZZZZZ.....

A journey in life
Lady^Di