Friday, April 25, 2008

Permata Hati!!

Salam semua...
Mohon maaf kerana sudah lama D menyepikan diri. Bukan tiada cerita nak di kongsi bersama cuma sekadar untuk "MENGHILANGKAN" diri buat seketika. Bagi kawan2 yg sudi menghantar SMS, e-mail dan kat ruangan my shoutbox, D ucapkan terima kasih kerana tidak pernah melupakan diri D. D hargai semuanya.

Pada tarikh 25hb April 2007 yg lepas (genap setahun hari ini), D berada di dalam wad. Masa tu memang D gemuruh, berdebar-debar kerana D hendak di induce oleh Doktor bagi menstimulasi proses kontraksi pada kandungan D. Walaupun belum tiba due date tuk D bersalin tapi atas masalah kesihatan D akur namun D berkeras dengan Dr yg bertugas untuk membiarkan D mencuba bersalin secara biasa daripada C-SEC.

Selepas dos pertama, D masih belum mengalami kontraksi menyebabkan Dr mengarahkan supaya D beri lagi dos kedua pada jam 1 ptg. Dalam pukul 3 lebih baru D terasa seperti ada cecair keluar dan bila D lap dengan tisu, D panik cecair mengandungi darah. D segera meminta suami untuk memanggil nurse yg bertugas. Rupanya itulah tanda2 D akan mulai mengalami kontraksi. D di beri suntikan penahan sakit dan tertidur kemudiannya.

D terjaga bila terasa kontraksi yg berselang-seli tapi D masih mampu mengawal diri cuma tiada selera tuk makan. Keluarga D datang menjenguk selepas maghrib. Ibu suapkan D makanan bila suami D kata D langsung tak jamah makanan pun hari tu. Tuk jaga hati ibu, D telan juga tapi cuma setakat dua suapan saja. D pening plak dan nak pitam. Ibu bagi D mkn telur ayam mentah. LOYA memang meloyakan tapi time sakit macam tu D terus telan aje.

Hanya kekuatan minda saja yg D miliki ketika itu. Dari segi tenaga memang D dah lemah. D byk berselawat di dalam hati dan berdoa minta di permudahkan semuanya. Fikiran D agak terganggu dari sejak sebelum di masukkan ke dalam wad lagi. Bila Doktor mengatakan D tak mampu untuk bersalin normal melainkan kaedah pembedahan, memang D terasa longlai sekali. D dah pernah melalui DUA pembedahan sebelum berkahwin dulu. Pengalaman sebelum dan selepas pembedahan memang traumatik buat D. Kalau boleh memang D nak mengelak dari melalui semua itu.

Tepat jam 11.30 mlm, kontraksi D semakin kuat dan jaraknya selang sesaat. D minta kakak yg berdekatan dengan katil D tuk memanggil nurse yg bertugas. Bila di periksa, bukaan D dah 7cm. Apa lagi kelam kabut nurse yg bertugas sambil bertanya sama ada suami D ada di luar atau di rumah. Bila D jawab suami tunggu di luar, dia pun panggil dan suami bergegas masuk sambil mengusap-ngusap lengan D.

Nasib baik semua brg2 keperluan baby dah D sediakan. Kata org memang juz pack N go. D di sorong dgn wheelchair menuju ke wad bersalin. Bila dah tiba di sana, bukaan D dah 9cm. Sejam dah berlalu tapi baby belum juga keluar. Doktor yg bertugas yg mmg memantau kes D, terus minta suami D di panggil kedalam tuk menandatangani surat izin pembedahan. Selepas proses sign surat dah selesai, bidan yg bertugas bertegas pada Dr tersebut tuk di beri masa sejam lagi tuk D mencuba bersalin secara normal. Nasib Dr tu setuju dan pada masa yg sama sempat warning gak pada mereka kalau D masih gagal, dia minta D segera di bawa ke theatre kerana bilik pembedahan dah on stanby basis.

Semua bidan dan jururawat yg bertugas, mengerah tenaga dan memberi kata-kata perangsang pada D agar mengenepikan pendapat Dr tu dan cuma konsentrasi tuk bersalin. Dengan semangat mereka yg bertugas di awal pagi itu, dengan ingatan untuk tidak mahu melalui pembedahan buat kesekalian kalinya, D fokus dan bertekad untuk bersalin normal. Detik 1.50 pagi pada awal 26hb April 2007, alhamdulillah D selamat melahirkan seorang puteri secara normal. Tak putus2 D menyebut alhamdulillah bersyukur padaNYA kerana dgn izinNYA semua kekalutan dan ketakutan D dah berlalu pergi.

Kepada suami, terima kasih atas perhatian dan pengorbanan serta kesanggupan meredah sejuk tidur di kerusi pelawat di luar wad semasa D di masukkan di wad di awal usia kandungan D yg ke 5 bln akibat kurang darah merah. Being an anemia, kalau sebelum mengandung memang D tak kisah sangat tp demi kandungan D terpaksa melalui kesakitan proses menerima 3 PIXELS blood sbb time tu mmg reading darah merah D mencecah paras 4 aje. Terima kasih juga kerana menerima diri D seadaanya. Mwoahzzzzzzzzz...

Besok tanggal 26hb April 2008, genaplah permata hati kita berdua, Dayang Nur Eliana Syazwani
menginjak usia SATU tahun. Satu perjalanan hidup yg baru, banyak perkara dan benda baru setiap detik dan saat sejak kehadiran dirinya dlm hidup kita. D berdoa agar puteri kite membesar menjadi anak yg solehah, tabah melalui hari-hari yg mendatang dan penuh cabaran ini, di beri kesihatan tubuh badan dan rezeki yang melimpah ruah. Amin! Amin! Aminnnnn!!!Happy FIRST birthday to my sweet Lil pumpkin, mummy sweet pie and daddy sweetheart. Ibu and ayah always LOVE you for eternity. MWOAHZZZZZZZZZZZZ.....

A journey in life
Lady^Di

8 comments:

garb_ina said...

Salam Kak D,
Selamat hari lahir utk Dayang Nur Eliana Syazwani. Garb baru baca blog kak D ari nih. Kak D, memang m'cabar yer utk melahirkan permata hati. Garb bangga dgn kak D. Bila kak D nak dtg KL? Nati bole le kenal-kenal dgn permata hati kak D, Dayang Nur Eliana Syazwani.

LADY^DI said...

wasalam dik Garb,
Thanks for the bday greeting 4 my baby. InsyaAllah ada kelapangan masa dan rezki lebih, akak and fmly akan gie KL. No worries k. U takecare sis.

umie@kakyong said...

Dalam D,
Selamat menyambut kelahiran pertama(lambat sikit ta pa kan D..) buat Dayang Eliana.. mwahhh pp montel dia...
D, proses kelahiran amat menyakitkan dan satu kepuasan bagi kita kaum hawa... bila kita dah tgk baby kita.. segala kesakitan yg kita rasai terus hilang serta merta...tu la kelebihan Allah bgi kat kita kaun wanita... :-)
Semoga Eliana happy disamping mama dan papa... pas ni boleh la mintak adek buat kawan Elliana okeyy...... hihihi

LADY^DI said...

Salam Kak Yong,
Thks for the bday wish. Sepanjang pregnant D xdelah teruk sgt apa lg morning sickness MEMANG takde langsung. I don't even know i'm pregnant..seriously kak. Juz one morning 2 accidently tgn D tersentuh perut and i'm freak out plus bengong pon ada. D felt ada HEARTBEAT and i'm asking myself, 'Eh jantung kan kat atas bkn belah perut nie".

Sensing ada benda x kena then baru D gie klinik. Rupanya D dah 4mths pregnant hahahaha. Mana x nyer kak...coz D sejak sekolah lg mmg having disorder period. If missing 4 bln dah perkara normal buat D. Tu yg D wat dek bila xde period. Tau2 D expecting kekeke.

D nak relax2 dulu ahhh pengalaman bersalin still ok wat D BUT not proses blood transfussion...SAKIT tul le kak. Habis bengkak tangan D akibat jarum..bila ingat2 eeee NGERI and NYILU ahakss.

D doa semoga majlis kat umah akak berjalan seperti yg di rencanakan. Amin!! Till then kak selamat menyambut menantu.

Luv always
Lady^Di

WAN ZUHA ISHAK said...

happy belated birthday to my niece, semoga sihat dan comel mcm mama dia. akak take care ye. mwahsss kat akak and baby. kirim salam kat abg.

-dik zuha-

LADY^DI said...

Salam dik Zuha..
Thks 4 the bday wishes. Ur niece said next time auntie zuha kena prepare hadiah beshar..beshar tau hehehe. Nanti akak upload foto kat laman nie..insyaAllah.

NOR ELYANA ZAINAL said...

Hi Kak D,

Rasa bersalin teruk juga kan! Tapi tak apa insyAllah banyak pahala. Bila kita melihat anak yang kita kandungkan dilahirkan dengan rasa susah payah, segala kesakitan akan terus lupa, betul tak.

Elyana tak pernah pegi ke Brunei. Hopefully, satu hari nanti elyana dapat ke sana. Good luck to you and your baby!

LADY^DI said...

Salam Elyana...
Pengalaman mengandung, melahirkan dan menjadi ibu menjadi kenangan yg sukar nak di gambarkan dgn kata-kata.

InsyaAllah bila Elyana ada rezeki lebih dan kelapangan masa jemputlah ke Brunei ini.

Terima kasih kerana sudi jengok blog kak D yg amatlah amatur nie kekekek.

May Allah bless us always. Amin!!