
D pernah bawa diri mencari siapa diri D dari kemelut yg melanda diri beberapa tahun yg lalu. Pada dia lah D ceritakan dan kongsikan segalanya. D duduk kat rumahnya di Melaka dan melalui hari-hari dan pengalaman yg amat manis dalam memori D.
Walaupun sekarang status D dah bukan single lagi dan seringkali sibuk melayan kerenah baby dan suami tp sekali sekala D tetap mengingati dirinya dengan menghantar pesanan ringkas (SMS) buat dirinya dan anaknya. Setakat bertanya khabar dan berita terkini.
Semalam mmg terpanggil D untuk menghubunginya. Alhamdulillah gerak hati D memang tepat kali ini ketika di khabarkan berita gembira. Tahniah buat Kak Lia @ Lady_Lia kerana selamat melahirkan seorang baby pompuan pagi kelmarin walaupun secara pembedahan. D miss u a lot kak. Mwoahzzzzzzzzz. Congratssss kak...penantian yg selama ini akak tunggu muncul jua akhirnya....Salam sayang selalu.
2 comments:
Dalam D,
Tahniah buat Lady_Lia.. lamanya senyap sepi... rupanya2 dah ada baby... syukur ke hadrat Ilalhi... semoga bertambah erat hubungan persahabatan D dgn Lia...
Insyaalah nnti kak yong cuba call Lia...
kampungchat membawa seribu keangan manis buat kita....
Wasalam kak...
Mmg byk kenangan terindah ketika melayari laman web kg chat tu. Bermcm2 jenis org kite jumpa, ada yg sekadar rapat di alam maya kemudian hilang tanpa berita dan ada juga persahabatan yg berkekalan sampai sekarang walaupun kini hanya berhubung melalui email atau SMS.
Yg jauh kite dekatkan..yg dekat kite rapat-rapatkan....talian silaturahim merentasi semua jenis kulit, agama dan negara.
Post a Comment