Monday, December 29, 2008

Ma'al Hijrah 1430H

Salam pertemuan wat semuanya...
Alhamdulillah sekali lg kite berpeluang untuk bersama-sama menyambut kedatangan Awal Tahun Hijrah 1430. Apakah penghijrahan yg telah kite laksanakan dan tunaikan pd Hijrah yg lepas? Jika masih belum berganjak dari takuk yg lama maka cubalah untuk merangkak walaupun secara perlahan-lahan. Perlukah kite berubah dan mencari resolusi baru hanya bila tiba penghujung tahun? Jawapan terletak di bahu anda semua. Bagi D jika perubahan itu untuk ke jalan yg lebih baik, menguntungkan wat semua pihak dan membawa sinar yg mampu menerangi laluan hidup anda maka berubahlah untuk sesuatu yg positif. Tidak salah untuk meletakkan harapan yg tinggi, jika tidak tercapai dek tangan sekalipun maka cukuplah sekadar berada di kedudukan zon selesa anda sendiri.

D panjatkan syukur jugak ke hadrat Ilahi kerana memudahkan perjalanan ibadah Haji kedua org tua D dan kakak serta adik bongsu D pada Zulhijjah yg baru berlalu pergi. Alhamdulillah kebahagiaan tidak terhingga ketika melihat mereka semua selamat sampai ke tanah air dan linangan airmata D ketika itu adalah kesyukuran D terhadapNYA yg telah mendengar dan mengasihi umatnya yg kerdil ini dengan menyatukan diriku untuk bersama-sama ahli keluarga yg aku yg sayangi hingga ke akhir hayat.

Salam Ma'al Hijrah 1430.....

No comments: